WAOO.....!!! Selepas Lama BERSABAR… Inilah AMARAN Abdul Rani Kulup Yang Terus Buat Azwan Ali MOHON MAAF !!!

Selepas Lama BERSABAR… Inilah AMARAN Abdul Rani Kulup Yang Terus Buat Azwan Ali MOHON MAAF !!! | Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup hari ini memberi amaran kepada Azwan Ali supaya meminta maaf atau bakal dilapor polis di atas kelantangan mulutnya.


Menurut Rani Kulup, Azwan Ali patut sedar yang dia adalah orang Melayu dan tidak patut menghina keturunan sendiri.

“Azwan Ali perlu sedar diri yang dia itu pun orang Melayu. Dia hina orang Melayu, dia sendiri pun keturunan Melayu juga. Dia perlu minta maaf atas apa yang dia buat.

“Ayah bagi tempoh masa seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk minta maaf, ayah akan lapor pada pihak berkuasa. ‘Sangkut’ dia nanti,” kata Abdul Rani.

Tambah Abdul Rani lagi, tempoh seminggu itu diberikan kerana sekarang adalah bulan Ramadan.

“Dia tidak boleh kata Melayu itu anjing, Melayu neraka. Itu salah. Itu dikira menghina orang Melayu. Ayah bagi kelonggaran sikit sebab ini bulan puasa. Hari baik, bulan baik. Kalau tidak, sudah lama ayah lapor polis!

Kalau minta maaf pun, itu bukan satu perkara yang hina,” tambahnya Abdul Rani lagi.


Sebelum ini Azwan Ali memaki hamun seorang gadis yang mencadangkan restoran “Menate” setelah ditanya oleh selebriti itu di Twtitter.

Seperti tidak mahu mengalah, Azwan Ali terus-menerus mengkritik wanita berkenaan dengan mengelurkan kata-kata yang kesat seperti digelar anjing dan binatang.

0 Response to "WAOO.....!!! Selepas Lama BERSABAR… Inilah AMARAN Abdul Rani Kulup Yang Terus Buat Azwan Ali MOHON MAAF !!!"

Post a Comment