ALLAH ITU ADA KISAH SEDIH SUAMI CURANG KETIKA ISTERI HAMIL INI PASTI MEMBUAT ANDA RASA SEDIH DAN SENTAP


Kisah ini dipetik dari page Facebook untuk dijadikan tauladan…..
Semoga kisah ini memberi sejuta manfaat dan kebaikan kepada para pembaca semua. ini adalah perkongsian dari seorang wanita dan ia adalah kisah benar.

Dia isteri yang cantik, muda lagi…NAMUN begitu berat ujian menimpa dirinya, tentang suaminya… BUKAN buka aib sendiri, sebab baginya tindakan yang dia ambil perlu untuk semua isteri contohi…
AMBIL SEBAGAI PENGAJARAN!

Ini kisahnya…Assalamualaikum..tolong hide nama saya. Saya hanya ingin meluah dan berkongsi. saya ingin isteri-isteri diluar sana beringat. dan amik pengajaran..DIA LUPA, ALLAH ITU ADA. Saya Dan suami kenal dari zaman persekolahan lagi. kami bercinta hampir 8 tahun…Kemudian kami bernikah.Siapa yang tak bahagiakan jika jodoh kekal hingga ke jinjang pelamin. Dikurniakan rezeki awal,saya bunting pelamin…makin bertambahlah seri bahagia kami…Pada usia kandungan 5bulan, Allah turunkan dugaan. Saya menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan.suami menemani saya selepas pembedahan. Semasa cuti sakit, saya sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami saya…Cepat marah, kurang sabar, ambil tak endah tentang saya. suami saya seorang yang baik sebenarnya. solat tak tinggal…imamkan saya,beri tazkirah selepas solat,,,alhamdulillah..tp dia lupa,Allah itu ada..tak disangka-sangka, Allah tunjuk petanda. Di FB suami,,,ada wanita yang tidak saya kenali. saya stalk FB wanita tersebut. terkejutnya saya, statusnya semua mengenai rindu dendam pada suami saya.,,hati isteri mana yang tak hancur luluh…

Suami menafikan semua dan kata ada org ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami. dia kata mungkin salah seorang bekas kekasihnya…sebagai isteri, saya percaya kata-katanya. tapi dia lupa, Allah itu ada…Ketika itu kandungan saya 7 bulan. lebih mengharukan suami saya sampai bersumpah itu ini..Dan secara tiba-tiba dia kembali romantik. tp dia lupa Allah itu ada….1 malam saya terbuka hati untuk check hanphone suami. 1 mesej untuk seseorang. yang membuktikan mereka ada hubungan. lagi sekali hancur luluh hati saya. saat itu jugak saya tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat. saya paksa dia mengaku. pada mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya.dan pernah keluar bersama. ya Allah…terduduk saya semasa mendengar pengakuan.

Menangis,mengongoi…macam orang gila. ya, macam orang gila..tapi dia lupa Allah itu ada…
Dia ingat say keluar untuk pergi kerja pada malam itu. tapi tidak. saya terus ke rumah rakan. tanpa ditahan hati, saya meluah segalanya…saya rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua dan kami kembali ke rumah saya untuk ambil pakaian,,sampai disana,kereta suami tiada.tahulah saya dia keluar berjumpa perempuan tersebut. malam itu juga saya balik ke rumah mertua. saya ceritakan semuanya.(suami belum pulang ketika itu tapi tahu saya di rumah mertua).

Suami call saya dan cakap dia jumpa perempuan tu sebab nak settlekan hal mereka.saya dah tak ambil pusing. mertua pula pujuk saya supaya tak cerita pada ibu bapa saya…Saya akur..Suami pulang pada hampir jam 11mlm,,sy dan rakan tunggu di dalam kereta.suami sampai ke terus masuk kereta sy dan terangkan bhw perempuan tu yg gilakan dia.dia mengaku berkawan dan perempuan tu,keluar karaoke,dan mula mengaku bahawa perempuan tu lah bekas kekasihnya.tp janda anak 4 ya Allah,kami br saja 25thn!! Dan katanya,hubungan mereka hanya sekadar kwn. Katanya,dia cuba tinggalkan perempuan tu,tp x boleh sbb perempuan tu akan ugut dia utk beritahu sy rahsi mereka…Bila sy tanya knp x terus terang,dia bagi alasan sebab takut sy marah..ya Allah,macamla sy x marah ketika ini..sy x puas ati,sy suruh dia bersumpah smbil pegang perut sy atas nama anak.suami pd mulanya x setuju.tp tetap buat dalam keadaan terpaksa.kemudian,kami pulang dan sy mendiamkan diri..sy masih terasa ada sesuatu yg suami sembunyikan..betul,suami sy lupa..Allah itu ada..

Pd subuh hari,sy kejut suami.sy tanya elok2….sy suruh dia terus terang dan ceritakan segala2nya pd sy supaya perempuan itu x tambah cerita,x buat fitnah,x ugut dia lg…Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. Bila ditanya berapa kali,sudah 3x..Allah….berat sungguh dugaanMu..

Bayangkanlah,sy sedang mengandungkn anaknya 7bulan!!!!Ketika itu,sy diam.setitik air mata pon tiada..sy pandang kosong suami sy…sy rasa cinta sy yg 8thn itu telah terkubur.sy diam sejenak.suami pula menanti jawapan.dia menangis.sy biarkan..baru menyesal mungkin???Sy peluk suami sy,sy bisik di telinganya..’abg bertaubatlah,solat taubat byk2.sy maafkan abg..dan sy tiada dendam dalam hati’ suami pandang sy sambil menangis teresak2 dan bertanya adakah sy masih terima dia lg.dan sy hanya mengangguk..

Dia menangis sambil memeluk sy,cium sy..sy terus berwuduk…ketika solat lah br air mata sy jatuh..pd Allah sy mengadu betapa hancur berkecainya hati sy ketika mendengar pengakuan itu..hati sy x tenang.sy baca surah ar rahman… Tersedu2,sebak yg xtahu nk dicakapkan. Suami yg melihat turut menangis…dia x sanggup tgk keadaan sy..dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta utk bercakap dan sy.sy x mampu utk berkata2 ketika itu.sy hanya menangis dan menangis..suami cerita,dia x tahu knp dia boleh berubah sebegitu sekali.sy tanya apa yg kurang pd sy,dia kata tiada apa yg kurang.sy ada rupa,1000x cantik pd janda tersebut.sy solat,sy taat pd suami.sy bekerja,sy dah bg dia anak..sy tutup aurat.ape lg????

Suami kata dia macam lupa diri..dia xtahu knp dia bodoh macam tu.dia menyesal dan ingin lari di perempuan itu tp perempuan itu ugut utk beritahu dosa mereka pd sy….sebab tu dia terpaksa stay berhubung utk tutup mulut perempuan tersebut.Mmg,sakitnya ya Allahhh…. Dia saja yg tahu. Sy hanya bertahan utk sekejap.kemudian sy x boleh lupa dan mula rasa ingin mrh.sy minta cerai pd suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut,,tp suami x nk.dia kata mati hidup balik pun dia tetap x kan ceraikan sy…

Pd saat itu sy kerap menangis..tambahan pula perempuan tu mengamuk2 pd suami dan sy..habis dia cerita semua yg sy x tahu..yg amat menyakitkan. Perempuan tu hantar msg pd sy dan menyuruh suami sy hubungi dia.(suami dah patahkan simcard). Sy bls msg ya dan nyatakan tiada apa yg belum selesai.sy dan suami sy baik2 saja…

Pastu,dia bls dan kata tahniah kpd saya krn bersuamikanya…perempuan tu kata lg,pastikan suami sy x cari dia seperti mana suami sy mencari dia ketika sy melakukan operation dulu….Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit,suamiku curang…sedih dan pilu hati ni xtah nk khabarkan macam mana..Tp Allah kn ada..siapa la yg x marah..memang sy mrh.tp sy belajar utk memaafkan dan melupakan..sy minta suami utk menghargai pengorbanan sy.sy minta utk dia x lupa Allah tu ada..mcm2 suami tipu,tp Allah bantu sy beri petunjuk..Alhamdulillah,kami kekal sampai sekarang..anak sy pn telah selamat lahir..kami cuba utk lupakan segalanya.kami buka buku baru..suami pun dah berubah.sebab dia tahu,,,tiada lg peluang jika sejarah berulang.jika berulang lg,sememangnya tiada maaf bagimu. sy ada gaji sendiri,,,sy ada rupa,sy ada anak dah dan sy ada Allah.apa ade hal?

Mungkin ramai yg kata sy bodoh sbb sy bg peluang.tp bagi sy,lg bodoh jika sy meruntuhkan masjid sendiri….sy yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa sy diduga sebegitu rupa,mungkin isteri2 di luar sana akan ambil jalan cerai..mungkin,balas dendam..Sabar sahabat2ku,Allah itu ada..kita kena percaya qada dan qadar. Kuat lah,bangkitlah,tunjuk pd dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia….yakinlah ALLAH ITU ADA

0 Response to "ALLAH ITU ADA KISAH SEDIH SUAMI CURANG KETIKA ISTERI HAMIL INI PASTI MEMBUAT ANDA RASA SEDIH DAN SENTAP"

Post a Comment