VIDEO Gadis Nerd Ni Belasah Jurulatih Gym Sampai Tumbang


GERMAINE Yap pastinya berjaya mengubah persepsi orang lain terhadap seorang gadis selepas dia menyamar sebagai nerd di sebuah gym untukmengenakan prank kepada jurulatih di situ.
Germaine yang merupakan peninju profesional Muay Thai terlatih, berpura-pura tidak pandai bertinju sehinggalah pada satu saat dalam video ini, dia mengeluarkan segala skilluntuk menewaskan abang-abang di gym itu.

Memang sesuai pepatah orang putih Dont judge book by its cover.. terus pihak lawan Germaine terkejut dan kagum dengan kebolehannya bertinju dengan baik.

Mana tidaknya, sudah 6 tahun berkecimpung dalam arena perlawanan antarabangsamalahmewakili Malaysia, sudah pasti Germain sangat mahir dalam bidang ini.

Video yang baru dimuat naik 3 hari lalu ini menjadi viral hinggakan sekarang, ia sudah mencecah lebih 2 juta tontonan di Youtube!

MYNEWSHUB.CC

0 Response to "VIDEO Gadis Nerd Ni Belasah Jurulatih Gym Sampai Tumbang"

Post a Comment